Pengikut

Khamis, 31 Mei 2012

KEMBARA BIOLOGI SIRI 2 (DB025) SESI 2011/2012

Program berbentuk 'treasure hunt' ini telah berjaya dilaksanakan pada petang Jumaat bersamaan 6 April 2012 dan berlangsung di sekitar kawasan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

Program ini disertai oleh 60 pelajar PDT Sem 2 yang terpilih berdasarkan kepada keputusan akademik terdahulu. Turut menjayakan program ini adalah 23 pelajar PDT yang bertindak sebagai fasilitator. Terima kasih diucapkan kepada para fasilitator yang secara sukarela menawarkan diri bagi membantu para pensyarah PDT dalam program ini.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik 'Reproduction And Development' dengan cara atau kaedah pembelajaran yang berbeza iaitu lebih bercorak permainan.


Syabas dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah PDT, Puan Normaziah Abu Samah, Puan Rozana Ahmad Zukri dan Puan Fitriyah Awang Ghazali serta barisan fasilitator yang banyak membantu para pensyarah dan para peserta dalam memeriahkan dan menjayakan program ini.


Pembentukan kumpulan sedang dijalankan dan sebanyak 12 kumpulan kecil berjaya dibentuk secara rawak.

Setiap kumpulan menerima clue yang pertama.

Para peserta tidak sabar untuk memulakan pertandingan.

Check point pertama di gym terbuka.

Ceria di petang Jumaat.

Para peserta memakai baju kolej berwarna biru manakala fasilitator memakai baju kolej berwarna oren.

Check point kedua di gazebo sebelah Pusat Sumber.

Fasilitator memantau para peserta menjawab soalan.

Fasilitator bagi check point gazebo.

Check point ketiga di pusat sumber.



Fasilitator bagi check point pusat sumber.

Fasilitator yang bertugas bagi check point di bangunan pentadbiran.

Check point untuk Unit Biologi.




Check point untuk Makmal Biologi.

Fasilitator yang bertugas di check point makmal Biologi.






Senyum selalu.......



Check point di koperasi.



Tahniah kepada kumpulan yang memenangi tempat ketiga.

Tahniah kepada kumpulan yang memenangi tempat kedua.

Tahniah kepada pemenang tempat pertama Program Kembara Biologi Siri 2 PDT........  (^v^)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan diharap program ini dapat membantu para pelajar yang terlibat meningkatkan potensi diri dan minat dalam subjek Biologi.